Sunday, December 23, 2012

Kehidupan

Assalamualaikum =) Alhamdulillah masih dapat melihat dunia ini dengan izin-Nya. Lama sudah tak menjengah hihihi...Berhabuk sudah. Maaf awak saya dah lama tak menjengah awak <3 saya sayang awak. Kejap sahaja masa berlalu. Tahun depan genaplah umurku 20 tahun. Jadi Selamat Jalan umur -belasan tahun >,< Pada tahun 2012 banyak perkara yang berlaku mengubah kehidupanku. Kehidupan remajaku tidak sama seperti remaja lain. Entah kenapa aku mengata begitu!? hihi =.= Mungkin lepas doktor sahkan penyakit aku itu, aku rasa lain sangat dari orang lain. Bulan yang pertama lepas disahkan sakit, aku rasa down sangat tapi mak sentiasa beri semangat dan aku tahu Allah sentiasa ada bersama aku. Semua itu buat aku kuat. Lagi2 masa tu lagi beberapa minggu nak Final exam. Hanya Allah tahu perasaanku bagaimana =') Time appointment dengan doktor, datang pagi2 sampai ke tengahari habiskan masa dekat hospital. kena ambik darah bagai. Tunggu keputusan darah.Lepas tu baru boleh jumpa doktor. Doktor membebel tapi aku tak amik kisah pun. Malas nak dengar. Tengok keputusan darah yang kena ambil tu. =.= Okay Masa tu rasa macam tak ada harapan untuk hidup. Stress sangat......... Lepas tu doktot bagi ubat tu bagi ubat ni. okay leceh sangat. Nak sihat kan, terima sahaja lah............... Aku semakin penat untuk menelan ubat setiap pagi. Ya Allah!!!!! Kalau aku tak makan ubat,maka penyakit itu akan menular dan menghantui sepanjang hidupku. Bila aku tahu kesannya kalau tak ambil ubat, aku rasa lagi down dan rasa mahu berhenti belajar. Aku mohon pada Allah, agar keluarga dan sahabatku diberi kesihatan yang baik dan semoga mereka sentiasa di dalam lindungan-Nya =) Biarlah aku sahaja yang menghadapinya. Apapun aku kena kuat demi mereka semua. Aku rasa sepanjang kehidupan aku ini, aku banyak membebankan mak dan ayah termasuk sahabatku. Lagi2 lepas aku disahkan sakit. Aku rasa aku semakin membebankan mereka. "Tiada siapa pun minta untuk sakitkan semua nak sihat, tapi Allah dah beri maksudnya itu Ujian dariNya" terimalah sebab dia nak kita sentiasa mengingati-Nya =) p/s: dah lama tak menulis entah apa2 je =).

No comments: