Assalamualaikum ^^
Hari ini adalah hari Ahad 1.1.2012
Lama sudah saya tak menjengah ke blog saya ni.Apa khabar la agaknya kan??
Alhamdulillah kerana saya masih dapat melihat dunia ini dengan izin-Nya dan masih dapat bersama dengan keluarga tercinta. Tahun Baru datang dengan Azam baru serta harapan dan kejayaan yang baru. Kalau boleh serba serbi nak baru ^^
Walaupun saya tak dapat menjalani kehidupan yang berapa baik pada tahun 2011 tapi kerana izin-Nya saya masih dapat bertemu dengan 2012. Cuma saya agak ralat, tahun lepas saya tak dapat sambut Tahun Baru Islam kerana saya menghadapi sedikit masalah dengan kesihatan saya. apapun saya redha dengan ketentuan-Nya..
Banyak pahit manis yang berlaku pada tahun 2011. yang manis adalah saya dapat pengalaman bekerja,masuk kolej & dapat menghadiahkan ibu dan ayah saya sebuah kejayaan ^^ yang pahit pula Allah telah menduga kehidupan peribadi saya dan juga diri saya. Alhamdulillah sekarang segalanya sudah berjalan dengan lancar dan hampir selesai. Walaupun ia pahit untuk ditelan tapi kita seharusnya tabah dan sabar untuk menghadapinya. Allah menduga kerana dia sayang pada hamba-Nya dan dia tidak mahu hamba-Nya lalai dari mengingati diri-Nya.
Macam orang selalu cakapkan setiap dugaan yang datang menimpa itu PASTI ada hikmah disebaliknya. Dan ia memang terbukti. Saya bukan mahu menunjuk-II atau apapun saya hanya mahu berkongsi cerita dan pengalaman sahaja. Maaf andai ada yang rasa saya begitu riak untuk bercerita.
Selain itu , azam saya untuk tahun ini adalah agar saya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding dengan tahun lepas. Di samping mengekalkan kejayaan saya. Saya berharap agar saya dapat mencapai cita-II saya amin.. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya Insya'allah =D
Saya juga mahu memperbaiki diri saya. Saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. =D
salam,
Mahirahmaryammohamedhadzim