Thursday, June 30, 2011

mula dah

Assalamualaikum.wah macam gempak sangat sahaja tajuk entri kali ini.gempak ke!?gempak la sangatkan.sebenarnya dah tak tahu nak beri tajuk apa lagi.Kalau korang perasankan tajuk entri aku kadang-kadang bukannya ada kaitan sangat dengan cerita yang aku tulis dekat blog ini.Biasa la aku ini kaki belit-belit.apa yang aku cuba sampaikan bukannya orang faham sangat.ada aku kisah??ini blog aku.suka la aku nak buat apakan.hmmmmlagi satu kalau korang perasan aku punya blog ini simple sahaja.ya la bukan cantik mana pun blog ini sebab aku bukan jenis orang yang up-to-date tentang benda-benda dekat internet ini.nama sahaja pelajar ICT dekat sekolah dulu tapi hampeh ketinggalan betul aku ini la.dah nasib badan.ada juga aku usahakan nak 'mencantikkan' blog ini tapi nasi telah menjadi bubur ^^ apakan daya.tak mengapalah.tak cantik tak apa asalkan ada budi pekerti yang cantik kira okay la ya.itu saja yang nak cerita.

p/s:maaf saya bukan seorang pencerita dan blogger yang bijak menulis tapi saya sedang belajar untuk menaik taraf gaya penulisan.



yang tulus ikhlas,
Mahirah Maryam

Si kecil ini pun suka solat ^^

meh jenguk sini meh:

tengok dalam tidur pun dia sujud-hehehe ^^
si comel saya^^




si kecil suka solat bersama mak saya
*kalau saya dah ketawa



sempat posing lagi ya ^^

buah hati saya ^^



*no caption



*saya budak botak ^^



*hai nama saya Nur Iman Damia-comel tak saya?



*hai nama saya muhammad Danial Saifudin-hensem tak saya??

okay,fine fine

Assalammualaikum..
okay,fine fine like SEPAH said.Now,i just counted the days remaining.I only have five days here before i get to a place.Then i shall bid farewell to life as an unemployed i guess.After that,i need to focus on my college life.
no time to waste time but only the time to learn something new and enjoy my life here as college student.^^ Meanwhile,this is my first experience away from my parents.With this opportunity,i should familiarize themselves with the new environment.i will definitely miss my family very much.Especially my nephew,Mohd Daniel Saifudin and my niece,Nur Iman Damia.They sort of knew I would leave them.What can I do?Only my prayer will accompany them.They are always in my mind ^^ I love them.So take care my dear and also my parents.Love You all.

For while in college there may be no more korean dramas and the latest korean video clip any to be seen by me.In addition,no television to watch.After this,i will be facing a lot of tutorials and assignments ^^ that's all i wanna to say..

Wednesday, June 29, 2011

kepentingan menjaga kebersihan diri

assalammualaikum..sihat semuanya ya ^^
saja nak buat entri ini pada kali ini.aku mengaku dulu aku memang tak berapa menitik beratkan sangat kebersihan diri aku sendiri.Tapi itu dulu dan bukan sekarang ya.sejak emakku membebelkan tentang perkara ini tanpa jemu sedetik pun baru aku sedar tentang kepentingan itu.Terutamanya orang seperti aku ini yang semakin meningkat keremajaannya.emakku berpesan pada kami semua agar menjaga kebersihan diri iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki itu ya.kira satu badan la.yang paling penting ialah kita menjaga kesucian alat sulit kita.itu yang tersangatttttttttt penting ya.


Masalah jerawat di muka sering membuat kita kurang keyakinan dirikan.
Cuba kita bertanya pada seseorang itu contohnya seperti soalan ini:'siapa yang nak jerawat?'mesti jawapannya 'tak nak'kan sebab itu petingnya penjagaan muka.Muka juga melambangkan tahap kebersihan diri kita.

ini kisah saya:
Okay aku mengaku yang aku juga mengalami masalah jerawat dan kulit muka berminyak semasa aku masih bersekolah dulu.Aku sangat cemburu bila melihat muka kawan-kawan aku licin-licin belaka ^^.lagi satu aku ada alahan dengan habuk dan debu sebab itu muka aku mudah naik jerawat.seterusnya,tiada produk yang sesuai dengan kulit muka aku ini.itu masalahnya.walaupun dekat label produk biasa cakap 'sesuai untuk semua jenis kulit' tapi bukan pada kulit aku.tapi sekarang alhamdulillah aku dah jumpa satu pencuci muka yang sesuai dengan muka aku selepas di rekomenkan oleh seorang sales girl cina ni ^^ thank you..sekarang masalah jerawat aku sudah makin berkurangan.alhamdulillah.terima kasih ya Allah.

Selain itu,masalah bau badan dan mulut berbau.ingat ya wahai perempuan,ingatan untuk aku juga.orang lelaki paling pantang tentang dua perkara ini.jadi kita perlu jaga kebersihan diri kita ini dengan baik ya.

masalah badan berbau boleh kita selesaikannya.contonhnya pakai deadoran ke,sapu kapur ke ataupun cara yang anda rasa berkesan

masalah mulut berbau pula.cuba amalkan berkumur dengan Listerine ataupun pergi buat scaling dekat klinik gigi.kalau ada duit banyak pergi klinik gigi swasta memang confirm gigi putih punya!!!kalau kurang berkemampuan macam aku ini pergi la klinik gigi kerajaan je la jawapannya.kira okay juga la doktor dekat situ buat scaling walaupun tak seputih klinik swasta tapi asalkan kita dah buang plak-plak yang jahat duduk dekat gigi kita ini.

Oleh itu kawan-kawan jagalah kebersihan diri anda.luaran dan dalaman sama penting penjagaannya.sekian terima kasih ^^

tak suka tak payah baca ^^ saya hanya insan biasa


yang tulus ikhlas,
Mahirah Maryam

cara saya lepaskan tension

Assalammualaikum.
apa khabar semua??^^ sahaja nak tanya walaupun tak ada orang yang baca entri ini.Huhuhu
Apa yang patut ceritakan pada entri kali ini ya.okay dah dapat idea ^^ ini pasal 'Pelik' ataupun in english 'weird' apa-apa sahaja la.bukan pelik pasal apa tapi pasal sikap aku ini hah.untuk pengetahuan korangkan,ke'pelikan' ini adalah salah satu cara aku melepaskan tension.^^kalau korang tengok pun korang gelak atau korang akan gelar aku ini gila.ada ke cakap sorang-sorang lepas itu terpekik-pekik ^^ habis rahsia aku.hehehe untuk pengetahuan korang lagikan sikap-sikap pelik aku ini korang boleh lihat masa...................(bilanya mahu lihat)okay berbalik pada cerita tadi.korang boleh lihat sikap aku yang sebenarnya masa aku tengah main game PSP ^^ memang gila-gila punya aku main.kalau keluarga aku pula,gelar aku 'orang kampung'sebabnya aku macam jakun atau erti kata lain macam tak pernah jumpa benda itu.huhuhu


Dengan ini,aku mengaku yang kalau aku tengah main game PSP aku suka cakap sorang-sorang.excited macam first time main game dalam PSP uh.sedangkan dah berkali-kali main tapi aku masih dengan ke'pelikan' yang sama.kakak aku suka gelakkan aku.huhuhu
tapi aku tak kisah atau ambil hati atau jauh hati mahupun berhati-hati ^^ tak kisah langsung.Tapi kan aku mesti berhati-hati juga ya la orang perempuankan mana elok bersikap sebegitu nanti lari pula orang laki-laki.


P/s:Ke'pelikan' ini hanya di tunjuk khas kepada ibu bapa dan adik-beradik sahaja.hanya cerita boleh di kongsi ^^


dengan tulus ikhlas menamatkan cerita di entri ini,
Mahirah Maryam

sembahyang

entri kali ini pendek sahaja.

'sembahyang la kamu sebelum kamu di sembahyangkan'

jangan ketika susah sahaja kita mengingati-Nya dan tatkala senang pula kita melupakan-Nya.

sihat sebelum sakit
hidup sebelum mati
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin

dengan tulus ikhlas,
mahirah maryam

Tuesday, June 28, 2011

sabar itu lebih elokkan ^^

okay memandangkan internet it's being so slow here,what i need to do right now is???hurmmmm i'm still thinking about it.yes,i get an idea!!!what i need to do is too be patient with that crazy matter as long as i can.okay it's deal right.what i'm trying to say here is we need to be patient in everything we did actually don't easily got mad in simple thing because you can deal with it by your own self.i am very sure you can fix it.so janganlah beri statement yang merapu dekat facebook kalau you all marahkan sesuatu.kalau you all nak taukan,staementyang merapu itu menggambarkan siapa diri you all semua.by the way,you all ada macam-macam cara untuk solving the problem.


p/s:alamak terojak pula di sini ya ^^ maaf saya menggunakan 'broken english' sorry i'm not a good writer n blogger in english.but i like to learn ^^

kepada sesiapa sahaja la,maaf la kalau ada yang tak suka mahupun terasa.tak suka tak payah nak baca ok.kan senang itu ^^

senyum selalu

crazy matter-i guess it's a proper word to describe internet problem maybe.

Thursday, June 23, 2011

Marah dan kasih sayang

Assalamualaikum..fuhh dahsyat sungguh tajuk untuk entri kali ini aku rasa.hmmmm*ish mahirah tidak baik mengeluh tahu tak* perkara yang akan dikongsikan di entri kali ini adalah cerita yang benar.Ini berlaku kepada aku.tiada berkaitan dengan sesiapun sahabat aku tetapi ia berlaku pada diri aku sendiri.Aku tidak mampu luahkan rasa ini kepada sesiapa pun,hanya dengan menulis entri di blog ini sahaja boleh buatkan hati aku lega.terasa seperti sedikit beban sudah di lepaskan.^^ senag hati

Baiklah mari kita mulakan cerita ya.Aku sebenarnya keliru tentang.......entah la aku pun tidak tahu apa yang tengah bermain dekat benak fikiran aku ini sekarang.Ini cerita tentang anak saudara aku,Nur Iman Damia.Aku tak tahu kenapa perasaan aku sering berubah bila aku melayan anak saudara aku ini.kadangkala ada perasaan benci dan marah.kadangkala pula ada rasa bersalah menyelubungi hati aku bila aku dah marah dia.kadangkala pula ada rasa sayang sangat dekat bayi kecil molek ini.perasaan itu bercampur baur.sementalah itu aku kadang-kadang benci sangat dekat diri aku sendiri ini.Kalau nak tahu aku ini orangnya yang jenis bila ada buat sesuatu kesalahan atau perkara di luar kotak pemikiran aku ini,aku akan sentiasa menyesal dengan setiap tindakan dan keputusan aku sendiri.dan aku sering tertanya-tanya dekat diri sendiri 'kenapa ea aku tak buat?' 'kenapa ea aku mengada-ngada?' 'kenapa ea aku tak bersikap profesional?' dn banyak lagi la......aku rasa lemah bila fikirkan perkara-perkara ini.lagi satu aku ini orangnya sangat degil dan suka sangat buat orang sakit hati.kadang-kadang dekat hati terdetik lain kemudian bila nak di bicarakan keluar lain pula.Sebenarnya aku rasa aku dah sakitkan hati ramai orang termasuk mak dan ayah aku.selain itu,banyak kali juga aku kecewakan mak dan ayah aku.tak ada satu pun yang aku buat untuk mak dan ayah berbangga dengan diri aku setakat ini.apa yang mereka harapkan,aku punah serta hancurkan harapan mereka itu.Umur mereka juga semakin lanjut aku takut aku tak sempat bagi apa-apa dekat mereka.Dan itu akan membuatkan aku rasa menyesal sangat.aku cuba tabahkan hati untuk teruskan kehidupan aku sekarang ini.Memang kadangkala aku rasa seperti mahu lari sahaja dari rumah ini.Selain itu,siapa tidak cemburu melihat kejayaan adik sendiri.satu-satunya adik perempuan yang aku sayang telah membanggakan mak dan ayah aku ataskejayaannya.Untung badan ^^ Orang sekeliling menceritakan tentang adik aku itu.aku rasa adik aku sangat bertuah dan aku sangat berharap adik aku dapat mengulangi kejayaannya itu tahun depan.amin..
Berbalik pada anak saudara aku.wahai Nur Iman Damia walaupun dirimu masih kecil dan mungkin tidak memahami situasi ini tetapi mak cikmu ini ingin memohon maaf ya sayang.maafkan mak cikmu ini ya sayang.mak cikmu ini tidak bermaksud mahu melayan dirimu sebegitu teruk sayang.maafkan mak cik ya sayang sebab dirimu sering menjadi mangsa kemarahan mak cikmu ini.mak cikmu ini bukan marah dan benci padamu sayang tetapi mak cikmu ini sangat menyayangi dirimu sayang.maafkan mak cikmu ini andai mak cik tidak sempat memberi kamu kasih sayang sepenuhnya pada dirimu.mak cik harap kamu tidak membenci mak cikmu ini ya sayang.maafkan mak cikmu ini ya.-coretan ini khas untuk anak saudara aku,Nur Iman Damia yang baru berusia 5 bulan sewaktu aku menulis entri ini-


p/s:walaupun tiada orang yang membaca entri blog aku ini tapi aku puas dapat meluahkannya di sini


terima kasih ^^

Hati Seorang Anak (sedih citer nie.. sy copy je)

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu.Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,”beritahu pegawai itu lagi.“Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,”janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,”cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Pah oii…….. saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri.Bukannya banyak,cuma dua ribu seorang saja.”

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang………."

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,”pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab.Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.Kerja kilang pun bukannya haram.”Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata,ikut suka kaulah.Kalau kau nak pergi,pergi…..aku dah tak larat nak larang.Nak terlentang ke,telangkup ke,gasak kaulah.”

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya.

Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah,nama dah ada dalam senarai.Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi,abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit.Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,”Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah,tapi kena tunggu sebulan dua lagi.Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi……Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah,memang rasanya tak dapat.Paling tidak pun cukup bulan ni.Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,”jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa.Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya,tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni.Nanti bising pula Abah tu.Intan pergi dulu.”Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu.Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis.Intan tersenyum pahit.Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor,kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar.Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.Melihat Intan tergelak besar,Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”

“Habis tu?”

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,”ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.



“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,"Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak.Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah,bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana.Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,”pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah,saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah,Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah Abah ingatkan Intan sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.Tapi dia tak bercakap pun,hanya renung Abah.Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah.Kita berhenti minum dulu Abah,tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.Azman dan Muaz hanya berpandangan.Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu.Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat,cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?”Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas.Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah,dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya.Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..”

“Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”

sumber : saudara fizral..


p/s : sedih la citer nie..sampai mahu menitiskan air mata...sebak sangat

21 pendoman buat wanita

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda.

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut,merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.


maaf aku copy sahaja

Girls are like apples

Girls are like apples on tree the best ones at the top of the tree.

The boys don't reach the good ones because they afraid of falling and getting hurt.

Instead, they just get the rotten apples from the ground that arent as good but easy.

So apples at the top think something is wrong with them.

When in reality, they are amazing.

They just have to wait for the right boy to come along, who brave enough to climb
all away to the top of the tree.

So, be the apples at the top of the tree and wait for Mr.Right to come into your life.... :P

notes from mia jaffri

Tuesday, June 21, 2011

kita perlu jadi diri sendiri

Assalammualaikum.baru berkesempatan untuk menjengah ke blog ini.tiada benda untuk di ceritakan sangat di sini.macam pelik sahaja aku menggunakan bahasa baku ini.memang bila di lihat memang pelik sekali sebab aku seringakali menggunakan 'short-form' sahaja.apa salahnya,sekali-sekala tidak merosakkan bahasa ibunda kita.memang sudah lama aku teringin menulis begini.ya la bayangkan kali terakhir aku buat begini semasa aku SPM.kalau tidak silap masa itu jawab kertas B.Melayu(1).biar apa pun orang nak kata.sedangkan aku rasa tiada orang pun yang ingin menjengah ke blog aku ini.tidak mengapa.rindunya akan zaman persekolahan.teringat akan sahabat-sahabat yang sudah melanjutkan pelajaran.'di mana pun kamu semua berada,andai sahaja kamu tahu setiap detik aku teringatkan kamu semua'

Ok mari kita tukar ke topik yang lain pula ya.kalau bercerita tentang itu memang melarat-larat sahaja aku ini.memang ke laut.hehehe..

Ok saya nak beritahu saya bangga dapat jadi anak Malaysia.

Ok saya nak beritahu yang saya ini kadang-kala merojakkan Bahasa Ibunda saya.

Ok saya nak beritahu yang saya........rahsia(ini tidak boleh beritahu)

Ok saya nak beritahu yang saya sudah di terima belajar di sebuah kolej.

Ok saya nak beritahu yang saya perlu jadi diri sendiri.

Ok saya nak beritahu yang saya ini seorang yang pemarah bukannya peramah.

Ok saya nak beritahu yang saya ini sangat mementingkan diri sendiri.

Ok saya nak beritahu yang saya ini suka merepek dan merapu.

Ok saya nak beritahu yang saya ini suka membebel.

Ok saya nak beritahu yang saya ini..........apa-apa saja la

yang penting saya tidak perlu hipokrit dn perlu menjadi diri sendiri.

p/s:maaf dalam entri ini saya sedang merepek.saya tidak tahu apa yang saya tulis sebenarnya.harap maklum