Thursday, June 23, 2011

Marah dan kasih sayang

Assalamualaikum..fuhh dahsyat sungguh tajuk untuk entri kali ini aku rasa.hmmmm*ish mahirah tidak baik mengeluh tahu tak* perkara yang akan dikongsikan di entri kali ini adalah cerita yang benar.Ini berlaku kepada aku.tiada berkaitan dengan sesiapun sahabat aku tetapi ia berlaku pada diri aku sendiri.Aku tidak mampu luahkan rasa ini kepada sesiapa pun,hanya dengan menulis entri di blog ini sahaja boleh buatkan hati aku lega.terasa seperti sedikit beban sudah di lepaskan.^^ senag hati

Baiklah mari kita mulakan cerita ya.Aku sebenarnya keliru tentang.......entah la aku pun tidak tahu apa yang tengah bermain dekat benak fikiran aku ini sekarang.Ini cerita tentang anak saudara aku,Nur Iman Damia.Aku tak tahu kenapa perasaan aku sering berubah bila aku melayan anak saudara aku ini.kadangkala ada perasaan benci dan marah.kadangkala pula ada rasa bersalah menyelubungi hati aku bila aku dah marah dia.kadangkala pula ada rasa sayang sangat dekat bayi kecil molek ini.perasaan itu bercampur baur.sementalah itu aku kadang-kadang benci sangat dekat diri aku sendiri ini.Kalau nak tahu aku ini orangnya yang jenis bila ada buat sesuatu kesalahan atau perkara di luar kotak pemikiran aku ini,aku akan sentiasa menyesal dengan setiap tindakan dan keputusan aku sendiri.dan aku sering tertanya-tanya dekat diri sendiri 'kenapa ea aku tak buat?' 'kenapa ea aku mengada-ngada?' 'kenapa ea aku tak bersikap profesional?' dn banyak lagi la......aku rasa lemah bila fikirkan perkara-perkara ini.lagi satu aku ini orangnya sangat degil dan suka sangat buat orang sakit hati.kadang-kadang dekat hati terdetik lain kemudian bila nak di bicarakan keluar lain pula.Sebenarnya aku rasa aku dah sakitkan hati ramai orang termasuk mak dan ayah aku.selain itu,banyak kali juga aku kecewakan mak dan ayah aku.tak ada satu pun yang aku buat untuk mak dan ayah berbangga dengan diri aku setakat ini.apa yang mereka harapkan,aku punah serta hancurkan harapan mereka itu.Umur mereka juga semakin lanjut aku takut aku tak sempat bagi apa-apa dekat mereka.Dan itu akan membuatkan aku rasa menyesal sangat.aku cuba tabahkan hati untuk teruskan kehidupan aku sekarang ini.Memang kadangkala aku rasa seperti mahu lari sahaja dari rumah ini.Selain itu,siapa tidak cemburu melihat kejayaan adik sendiri.satu-satunya adik perempuan yang aku sayang telah membanggakan mak dan ayah aku ataskejayaannya.Untung badan ^^ Orang sekeliling menceritakan tentang adik aku itu.aku rasa adik aku sangat bertuah dan aku sangat berharap adik aku dapat mengulangi kejayaannya itu tahun depan.amin..
Berbalik pada anak saudara aku.wahai Nur Iman Damia walaupun dirimu masih kecil dan mungkin tidak memahami situasi ini tetapi mak cikmu ini ingin memohon maaf ya sayang.maafkan mak cikmu ini ya sayang.mak cikmu ini tidak bermaksud mahu melayan dirimu sebegitu teruk sayang.maafkan mak cik ya sayang sebab dirimu sering menjadi mangsa kemarahan mak cikmu ini.mak cikmu ini bukan marah dan benci padamu sayang tetapi mak cikmu ini sangat menyayangi dirimu sayang.maafkan mak cikmu ini andai mak cik tidak sempat memberi kamu kasih sayang sepenuhnya pada dirimu.mak cik harap kamu tidak membenci mak cikmu ini ya sayang.maafkan mak cikmu ini ya.-coretan ini khas untuk anak saudara aku,Nur Iman Damia yang baru berusia 5 bulan sewaktu aku menulis entri ini-


p/s:walaupun tiada orang yang membaca entri blog aku ini tapi aku puas dapat meluahkannya di sini


terima kasih ^^

No comments: