assalammualaikum..sihat semuanya ya ^^
saja nak buat entri ini pada kali ini.aku mengaku dulu aku memang tak berapa menitik beratkan sangat kebersihan diri aku sendiri.Tapi itu dulu dan bukan sekarang ya.sejak emakku membebelkan tentang perkara ini tanpa jemu sedetik pun baru aku sedar tentang kepentingan itu.Terutamanya orang seperti aku ini yang semakin meningkat keremajaannya.emakku berpesan pada kami semua agar menjaga kebersihan diri iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki itu ya.kira satu badan la.yang paling penting ialah kita menjaga kesucian alat sulit kita.itu yang tersangatttttttttt penting ya.
Masalah jerawat di muka sering membuat kita kurang keyakinan dirikan.
Cuba kita bertanya pada seseorang itu contohnya seperti soalan ini:'siapa yang nak jerawat?'mesti jawapannya 'tak nak'kan sebab itu petingnya penjagaan muka.Muka juga melambangkan tahap kebersihan diri kita.
ini kisah saya:
Okay aku mengaku yang aku juga mengalami masalah jerawat dan kulit muka berminyak semasa aku masih bersekolah dulu.Aku sangat cemburu bila melihat muka kawan-kawan aku licin-licin belaka ^^.lagi satu aku ada alahan dengan habuk dan debu sebab itu muka aku mudah naik jerawat.seterusnya,tiada produk yang sesuai dengan kulit muka aku ini.itu masalahnya.walaupun dekat label produk biasa cakap 'sesuai untuk semua jenis kulit' tapi bukan pada kulit aku.tapi sekarang alhamdulillah aku dah jumpa satu pencuci muka yang sesuai dengan muka aku selepas di rekomenkan oleh seorang sales girl cina ni ^^ thank you..sekarang masalah jerawat aku sudah makin berkurangan.alhamdulillah.terima kasih ya Allah.
Selain itu,masalah bau badan dan mulut berbau.ingat ya wahai perempuan,ingatan untuk aku juga.orang lelaki paling pantang tentang dua perkara ini.jadi kita perlu jaga kebersihan diri kita ini dengan baik ya.
masalah badan berbau boleh kita selesaikannya.contonhnya pakai deadoran ke,sapu kapur ke ataupun cara yang anda rasa berkesan
masalah mulut berbau pula.cuba amalkan berkumur dengan Listerine ataupun pergi buat scaling dekat klinik gigi.kalau ada duit banyak pergi klinik gigi swasta memang confirm gigi putih punya!!!kalau kurang berkemampuan macam aku ini pergi la klinik gigi kerajaan je la jawapannya.kira okay juga la doktor dekat situ buat scaling walaupun tak seputih klinik swasta tapi asalkan kita dah buang plak-plak yang jahat duduk dekat gigi kita ini.
Oleh itu kawan-kawan jagalah kebersihan diri anda.luaran dan dalaman sama penting penjagaannya.sekian terima kasih ^^
tak suka tak payah baca ^^ saya hanya insan biasa
yang tulus ikhlas,
Mahirah Maryam
No comments:
Post a Comment