Sunday, April 1, 2012

Sahabat

Assalamualaikum ^_^

Saya selalu tersenyum melihat keceriaan yang terpancar di muka sahabat saya. Mereka ceria saya pula yang bahagia melihat mereka. Kerana kebahagiaan mereka merupakan sebahagian daripada hidup saya. Mereka sedih saya pun turut terasa sedihnya. Mereka tersenyum saya juga akan turut tersenyum.

Walaupun sepahit mana hati kita menghadapi sesuatu perkara yang menyakitkan datang kita tetap berusaha sedaya upaya untuk senyum bila melihat kebahagiaan dan senyuman sahabat kita. Kerana mereka adalah sahabat baik , musuh, orang yang paling disayangi, orang yang dibenci, orang yang sentiasa ada bila diperlukan saat susah dan senang, orang yang tak akan tinggalkan kita sebab kita adalah orang yang sangat penting dalam hidup dia, orang yang akan membohongi kita, orang yang akan berkata benar dengan kita.

Sahabat adalah segala-galanya. Marilah kita bersahabat kerana Allah ^_^ Kita akan merasa betapa manisnya nikmat bersahabat itu. Gaduh-gaduh itu perkara biasa. Marah-marah pun perkara biasa. Selain itu, marilah kita biasakan apa yang kita tak biasa iaitu saling mengingatkan sahabat kita agar tidak lupa solat, tegur dia dengan berhikmah, ajak dia berfikir dan mengkaji bukan menerima bulat-bulat sesuatu masalah yang timbul itu. Menjadikan persahabatan kita itu lebih menarik jika kita berkongsi pasal isu semasa dan ilmu pengetahuan berbanding hanya berbual kosong tanpa mendapat sebarang faedah. Betul Kan!?

SAYANG AWAK SEMUA <3

No comments: