Sunday, December 23, 2012
Istimewa buat Awak
Assalamualaikum =)
*walaupun saya tahu awak mungkin tak baca entri tapi saya nak tulis entri ini khas untuk awak
Awak tahu saya suka sangat dapat jadi kawan awak. Saya suka rapat dengan awak semester ni. Seronok sangat bila kita bertiga kemana-mana sahaja mesti bersama;Saya,awak dan dia. Tapi 'awak' lebih banyak dengan 'dia'. okay saya tak kisah pun. Cuma saya terkilan =')
Lepas tu bila saya rapat dengan 'dia', awak pula cemburu. Maafkan saya. Saya tak berniat pun nak buat awak macam tu. Lepas tu timbul satu-satu masalah sehingga buat kita bertiga renggang. Bab ni paling saya sedih sangat. Bila saya ada sebelah awak,awak buat saya macam tunggul.Sikit pun tak nak pandang atau cakap dengan saya. sebab masa tu saya rapat dengan 'dia' dan 'awak' pula ada konflik dengan 'dia'. saya sedih sangat T____________T
Awak nak tahu kenapa!? Ketika tu saya tersepit dalam keadaan serba salah. antara 'awak' dengan 'dia'. Saya betul-betul tertekan dan rasa sangat bersalah. Masa tu saya rasa macam saya kawan dengan awak salah dan kawan dengan 'dia' pun salah. Entahlah awak, hati saya sakit sangat masa tu. Seperti dihiris-hiris rasnya awak.
Dear Awak, saya minta maaf sebab tak pernah jadi sahabat yang baik. Saya sayang awak. Semoga awak adalah antara sahabat saya yang dapat memimpin tangan saya dan bersama saya sehingga ke JANNAH =).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment