Monday, March 19, 2012

Assalamualaikum ^_^

Seronok bila dapat kembali ke kolej walaupun hati berat untuk meninggalkan rumah. Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat tercinta saya. Saya bersyukur sangat saya dapat meluangkan masa dengan mak & ayah saya. Maaf mak menyusahkan mak semalam. Sudah di halang tapi mak saya nak juga tolong saya angkat barang sampai bilik <3 Dia kata dia kasihan tengok anak perempuan dia yang manja ni penat. Yalah anak perempuan mak yang manja ni tak boleh penat sikitkan~tu yang mak saya kata~ Sebab saya bukan macam orang lain ^_^ Saya ada masalah sedikit. Saya tak boleh penat , susah hati/sedih. Masalah itu masih datang lagi tapi saya perlu kuat dan tabah untuk lawan benda itu. Ia Demi masa depan saya , demi mak & ayah yang mengharapkan kejayaan anak perempuan dia ini , demi orang-orang yang meletakkan harapan mereka kepada saya. Saya takut untuk kecewakan mereka semua. Jadi saya perlu bangkit dan kuatkan semangat walau apa pun. Saya tak mahu hancurkan harapan saya sendiri dan harapan mereka.

Ingat Mahirah , awak perlu kuat walau apa pun ^_^ awak mesti lawan jangan tunjuk yang awak lemah okay. Saya tak kisah orang nak kata saya apa pun. Hanya orang yang terdekat sahaja tahu apa masalah yang menimpa saya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku ke atas hamba-Nya. Terpulang pada orang nak menilai diri saya macam mana pun. Kalau orang dah tak suka , saya boleh buat apa. Nak cuba sampai orang tuh suka dekat kita. Itu Bukan cara saya,Maaf. 'Orang yang paling kita benci adalah orang yang paling kita sayang, orang yang kita sayang kemungkinan akan menjadi orang yang paling kita benci'

Jangan menunjuk-nunjuk sangat kalau awak sayangkan seseorang itu.~peringatan untuk diri sendiri juga~ "Jika dia Jodoh awak(Alhamdulillah), Jika ditakdirkan dia bukan Jodoh awak, terimalah dengan seadannya." Allah kan masih ada , janganlah mudah putus asa bila kehilangan sesuatu cinta itu. Cinta kepada Allah adalah lebih agung & lebih best. Begitu juga cinta kepada pesuruh-Nya, Nabi Muhammad S.A.W.

Lagi satu jika awak melakukan sesuatu amal ibadat itu janganlah awak terlalu riak sehingga meninggi diri sebagai contoh awk upadate status dkt FB, bukankah lebih elok ia menjadi rahsia hati awak. Bukankah itu lebih manis bagi seseorang perempuan. Saja untuk peringatan diri dan teman-teman.



P/s: kalau awak-II nampak saya termenung tolong tegur tau.


LOVE,
MAHIRAHMARYAMMOHAMEDHADZIM