Saturday, July 2, 2011

apa sebenar tujuan aku berblog?

Assalamualaikum.hi and hello peeps.Okay pada entri kali ini,merujuk kembali pada tajuk di atas ya.itu ialah cerita yang bakal di ceritakan.Aku pun sebenarnya tak berapa pasti kenapa aku 'mewujudkan' blog ini.Kadang-kadang aku bertanya pada diri aku,apa sebenarnya tujuan aku wujudkan blog ini??entah la sebelum ini aku tidak pernah terfikirkannya.Saat aku menulis entri ini pun aku masih tertanya-tanya apakah tujuannya?adakah aku mahu berkongsi tentang kehidupan aku?atau apa-apa sahaja la!!Apa sebenarnya!!!???

Kini baru aku tersedar dan aku memperoleh jawapannya pada aku sekarang.Tapi kenapa kini baru aku terfikir ya!???

ini jawapannya:
Jika ketika dulu aku wujudkan blog ini adalah kerana 'suka-suki'.Begini ceritanya,dulu kawan-kawan ada blog aku pun nak ada juga.Biasala mana boleh lihat kawan-kawan kita lebih sedikit kan kan..Tetapi sekarang tujuan aku dah lain.Kalau dulu aku seorang budak keccil kini aku seorang yang dewasa.Tapi belum cukup dewasa sepenuhnya itulah hakikatnya ^^ hehehehe

Okay berbalik pada cerita itu,sekarang tujuan aku berblog adalah untuk berkongsi cerita sahaja tidak kisahlah tentang kehidupan,keremajaan,kesihatan, ataupun keagamaan walaupun ilmu saya tidak seberapa tinggi tapi saya tetap nak berkongsi.aku tidak kisah kalau orang tak berminat nak baca blog aku walaupun aku ada juga mengharapkan yang orang singgah dekat blog ini dan sudi membaca apa yang aku coretkan di sini.Wah!tingginya harapan aku.aku juga insan biasa ingin rasa dihargai.^^


Selain itu,aku sebenarnya nak melepaskan rindu dekat sekolah juga.Aku memang minat menulis karangan waktu sekolah dulu.Dengan cara menulis ini sahaja yang aku mampu mengingatkan aku sewaktu aku sekolah dulu(walaupun sekolah dekat je dengan rumah).Aku pernah bercita-cita mahu jadi seorang penulis tapi akhirnya aku bakal menjadi seorang akauntan insya'allah.Di samping itu,dengan kesempatan menulis di blog ini akan membuatkan aku teringat kepada cikgu-cikgu Bahasa Melayu dan cikgu-cikgu Bahasa Inggeris ^^

Rasa-rasanya itu sahaja agaknya....


p/s:terima kasih

dengan tulus ikhlas,
Mahirah Maryam

No comments: